Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011  yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd (  JAKIM-20100609-123757 ) adalah  tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder  ) yang digunakan syarikat  tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk  keluaran Syarikat Puratos Malaysia  Sdn Bhd dikehendaki untuk  melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :
  
 -  menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang  diiktiraf; 
 -  mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki  sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan ); 
 -  melakukan proses samak; dan  
       4.    mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan  Agama Islam Negeri. 
 
 
No comments:
Post a Comment