Thursday, June 3, 2010

Akhirnyaa.........

1 June 2010 ~ Akhirnya kami menjejakkan kaki di tanah air terchenta, mcm dlm mimpi kali ni akan meninggalkan Sri Lanka buat selama2 nya ...Selamat tinggal Sri lanka, tak tahu lah bila lagi akan pergi melawat Colombo..harap suatu masa nanti dapat bawa qaira jalan2 kat Colombo..tempat qaira membesar pasti xkan kami lupakan......

DALAM KENANGAN..........
Ayah ~14 August 2005 - 31 May 2010...
Mummy~ August 2006 - 31 May 2010...
Qaira~ Jan 2007 - 31 May 2010..........

Perkara Paling best yg x dpt dilupakan!!
Dapat beli pingan mangkuk Noritake...
Beli baju2 Qaira yg chomel2 dgn harga yg murah sgt2...
Shopping kain saree byk2.....
Jumpa kawan2 yg best2 belaka....
dpt makan big bite briyani yg sedap bangat!!
dpt merasa makan makanan2 sri lanka, indian food..wohooo...
cuti2 Sri lanka yg x kan dpt dilupakan...especially Trip to Nuwaraeliya,
& Trip to Matale, Noritake Factory!!

Indah sungguh segala kenangan ituw ~ phewww priceless..............
Good bye Sri Lanka.......

Sunday, May 30, 2010

30 May 2010..

Hari ini kunci rumah sudah bertukar tangan......huhu sedih2!!
Jumpa landlord dan dapat ini...best2!!beruntung sgt kami dpt landlord mcm ni....
Alhamdulillah tiga2 landlord yg kami dapat semua pun best2 belaka..............
ermmm di tempat baru nanti harapnye pun best2 juga lah.........huhu

Saturday, May 29, 2010

Masa untuk beredar..............



24 dan 25 May 2010~Alhamdulillah semuanye sudah selamat dibungkus dan sabtu pula semua barang sudah masuk dlm kontena.....semoga segala2 berjalan lancar dan semoga segala harta kami ini sampai dgn selamatnya.....

Saturday, May 22, 2010

8

tinggal 8 hari jer lagi....baru perasan byknye benda x buat lagi ni...di pagi ahad dah tercungap2 buat kerja2 rumah....huhuhu

Thursday, May 6, 2010

Rumah KETIGA di Colombo.....

Taraaaaa.....inilah tempat berteduh kami skrg......syukur sgt dpt berpindah ke apartment yg lebih selesa ini...walaupun bukan apartment mewah..namun apartment kali ni sungguh selesa sekali....antara 3 rumah yg kami duduk...inilah tempat berteduh yg paling best bg kadar sewa yg sedia ada ni :))


~Lobby apartment~
~view dari roof top~
~ kalo bawak beskal best ni ~
~bilik~
~ruang tamu & ruang makan dihias ala kadar~
perabot yg agak simple..xlah baru xlah lama sgt..juz ok2 je lah~
~bilik setelah dihias ala kadar je..mami ni belum ada moodlah nak hias2 rumah ni~

~Dapur~

~Tandas~
Apartment ni ada 3bilik dan satu stor~mmg selesa sgt!


~yg best masih boleh nampak sunset dr balcony apartment kami...kami tinggal di tingkat 5..WD offer jugak tingkat 12 tapi ayah xmo gayat..tingkat 12 view menarik sikit kot..yelah makin tinggi makin nice kan selalunye...tapi mami pun takut gak tinggi2 ni risau anak dara yg sudah pandai memanjat jer skrg..
Itu jelah al kisah tentang apartment baru kami..tpkan baru dua bulan je duduk tapi rasa mcm dah berbulan2 lamanye jer..hihihi~~

Saturday, April 24, 2010

PERWAKILAN MUMBAI....

Hari pertama Dinner di Rumah Malaysia....

Penat semalam mmg x habis2 lagi ni , sejak 2hari lepas dada mula sakit2 haih entah apa pasal ntah harap nye xde apa2lah maybe terlalu penat kot...visit by Perwakilan Mumbai to Colombo mmg best..Mula2 rasa beban gak ada visit ni risaukan tak terhandle dgn nak bawak MissQ bagai..tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...best2!!!!
Hari pertama kami bawa Perwakilan Mumbai shopping dlm Colombo dan hari kedua adalah hari yg dinanti2kan iaitu membawa Perwakilan Mumbai melawat Kilang Noritake..yabedabeduuuu...mmg puas hati sgt walau jauh perjalanan kami, yg bestnye experience kali ni mmg best sgt "priceless"...Mcm x sangka dah jejakkan kali ke kelang pingan yg berege ribu riban ni...
Tahun lepas trip ke Nuwaraeliya mmg besh..alhamdulillah tahun ni merasa lagi satu trip yg besh bangat...syukur sgt walaupun duduk di luar ni namun di kelilingi kawan2 yg mmg best2 belaka!!Perwakilan Mumbai yg dtg pun mmg sporting habis ...yg tak bley tahan bila naik bas ramai2..Ya Ampun ayik gelak je manjang k!!selamat 2 bus kalo disatukan mmg riuh rendah ok!!!
perjalanan pergi mmg memeningkan kepala ku juga , tapikan perjalan balik tu terus hilang pening mual semua sebab dah dapat Ubatnye...hahahaaha

Rombongan naik Bas memang the best lah!!!

x sangka tau dah masuk dlm kilang ni..dulu pun lepas spm pernah kerja keilang tapi keilang ni istemewalah sikit...hihi
Dlm kilang macha tu ckp no hp no camera okeh!!!
so dptlah gambo luo je..huhu

Dan HABUANNYE bila dah sampai..kitab ku dah di buka semula..aiyooo kopak2!!!

Ni request dr suami tersayang....tinggal satu set ni je tau..tapi second Quality je lah yea!!my 1st bone china ..x de lagi collection yg cawan kecik2 ni so hangkat je lah....insyaallah, dr apa yg disampaikan oleh pekerja kilang tu kat sri lanka ni x der mixture bone...cuma 2 bone je yg di gunakan

1) bone yg dihasilkan dr non animal dimana di gunakan sodium apa ke jadah!!
2) iaitu cattle bone

Pengalaman yg sgt berharga dapat masuk kilang ni tau..barulah tahu jenis2 batu yg digunakan utk pinggan Noritake ni..patutler berat nak mampos sebab dihasilkan dr batu rupenye...dan dptlah tgok proses2 seterusnye....

Disamping tu dpt lah top up sikit2 set yg ada..separuh dr set ni beli masa clearance sale kat Colombo dimana mmg lagi kaw kaw murah regenye..tambah separuh je lagi kat matale ni x lah murah sgt tapi oklah murah sikit dr Colombo rsnye..cuma yg x dpt sugar bowl je lagi...nanti akan cuba carik sampai dpt..semua pun 2nd Quaility je tau....so mmg murahlah ;)

Akhir sekali...benda alah ni mmg dihajat sgt...lama dah tunggu kat Colombo ni sampai...x sampai2 jugak...setiap kali dtg showroom mesti tnye..x bley percaya punya pekerja kat colombo ni...bole pulak depa kata mmg x kan ada 2nd quality utk set ni..mustahil2 huh ambik kau, masuk2 je kat area 2nd quaility kat showroom matale ni...bendaalah nilah yg mummy terkam dulu....dgn adanye 3tambahan ni mmg telah melengkapkan set yg ada..syukur2!!!3 bendaalah ni hanya rm100 so, mmg berbaloi!!!!

Bersyukur ke hadrat mu Ya ALLAH, semlam perjalan pergi dan pulang yg lancar..lunch pukul 6ptg....so melepas tgok gajah!!!bak kate ayahQ "semua dah jadi Gajah, berat punggung nak kuar dr showroom Noritake" wakakaka....Mlm ni ada dinner..dan malam ni jugak Perwakilan Mumbai balik...fuh legaaaaaaaaa.......

Wednesday, April 21, 2010

WANITA.....

Terbace dekat wall facebook..sebelum ni dah bace kat email tp tulah selalu je terlupa,lalai n leka...nak kena print dan simpan dalam wallet lah agar selalu dpt mengingatkan diriku ini......

RASULULLAH LIHAT PELBAGAI SEKSAAN KE ATAS WANITA INGKAR KETIKA ISRAK MIKRAJ SAIDINA Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w dan kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau: "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Pada malam aku di Israk ke langit, aku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan, apabila teringatkan mereka aku menangis."
Saya bertanya lagi: "Wahai Rasulullah, apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

Ø Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
Ø Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan cairan yang mendidih dari neraka dituang ke kerongkongnya.
Ø Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggung sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
Ø Wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan ular dan kala jengking.
Ø Wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya kelihatan api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
Ø Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka
Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
Ø Wanita yang tuli, buta dan bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) dan badannya membusuk akibat penyakit kulit.
Ø Wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah sambil berkata: "Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku ceritakanlah kepadaku apakah perbuatan wanita itu."

Rasulullah s.aw bersabda: "Wahai Fatimah, ada pun mengenai:

Ø Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (dijilbab) di kalangan lelaki
Ø Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.
Kemudian Nabi s.aw bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah menciptanya mulut pada hari kiamat selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya."
Ø Ada pun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
Ø Ada pun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid dan nifas.
Ø Ada pun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk, dilihat lelaki lain serta suka membicakan keaiban orang.
Ø Ada pun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya
Ø Ada pun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan dibelit oleh ular dan kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat dan puasa. Tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
Ø Ada pun wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai kerana dia suka melaga-lagakan orang serta berdusta.
Ø Ada pun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah kepada suaminya. Malah ada di antaranya isteri nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik pada zaman itu.
"Beratnye tanggungjawab seorang wanita...YA ALLAH berikan daku hidayah n kekuatan iman agar menjadi seorg yg lebih baik pada hari2 yg mendatang kerna daku tak sanggup melalui semua seksaan mu ini nanti"............

Tuesday, April 20, 2010

Kolestrol oh kolestrol....

Hari ni baru teringat nak carik info pasal kolestrol...2 bulan lepas masa buat ujian mummy ada kolestrol tapi di tahap yg rendah...bila dengar rendah mulalah x ambik kesah sgt kan...tapi smlm masa meeting tercerita pulak isu kolestrol ni..so mulalah kerisauan ni dtg balik...yelah sejak 2bulan lepas mmg dah x hengat langsung dah pasal isu kesihatan ni..dan sekarang napsu mkn pun dah kembali bersinar2.. butter cake kat sen sal dah menjadi feveret...tapi bila tercerita smlm mula lah resah gelisah...
so carik punya carik info ni yang mami jumpa malas nak carik2...dr blog Bambang Untoro ni dah byk manfaatnye..marilah membace dlm bahase indonesia ari ni haha..so mami kongsilah sama2 anda semua k!!!
*
*
*
*
"Satu lagi informasi yang mungkin dapat bermanfaat. Kali ini mengenai makanan dan minuman penurun kolesterol.
Anggapan mengenai tingginya kolesterol dalam darah hanya bisa terjadi pada manula atau mereka yang usianya sudah kepala empat, sungguh salah besar.
Menurut dr. Suyanto Sidik Sp.PD dari RS Internasional Bintaro, Banten, kolesterol tinggi bisa terjadi pada usia muda, bahkan di usia belasan".

Tips menurunkan kolesterol:
  • Hindari atau kurangi mengkonsumsi makanan dan minuman berminyak, berlemak, dan mengandung kolesterol tinggi.
    Contoh: jeroan~adalah bagian-bagian dalam tubuh binatang yang sudah dijagal, kepiting~ketam, udang, kerang, kacang-kacangan, daging, santan, minyak, margarin, cokelat, dan gula.
  • Olahraga
    Menurut Prof. Dr. Walujo S. Soerjodibroto, Ph.D, guru besar FKUI – Departemen Ilmu Gizi, tubuh manusia sangat susah mengeluarkan kolesterol. Agar kolesterol tidak menumpuk maka harus dikeluarkan secara paksa. Caranya dengan banyak beraktivitas fisik.
    Lakukan olahraga rutin minimal 20 menit setiap hari.(patutlah ni memang x pernah buat langsung!!!kan baguz kalo sapu sampah pun dikategorikan sebagai olahraga hihi)
  • Perbanyak konsumsi makanan dan minuman yang dapat menurunkan kadar kolesterol.
    Semua buah dan sayuran mengandung serat. Jadi, semua buah dan sayuran juga mampu menurunkan kolesterol. Serat dapat mengikat kolesterol sehingga tak beredar dalam darah. Sedangkan vitamin C untuk homeostasis alias pengatur keseimbangan kolesterol.Yang perlu diingat, sayuran yang kaya vitamin C cukup direbus setengah matang. Kalau sampai matang, vitaminnya hilang.Jika sayuran atau buah-buahan dibuat menjadi jus, minumlah bersama ampasnya, karena ampas itu merupakan sumber serat yang mampu menurunkan kadar kolesterol.(Bulan ni Baru nak start makan sayo tiap2 ari aiyoo !!)

Beberapa jenis makanan dan minuman yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol adalah sebagai berikut:

BAWANG PUTIH
– Konsumsi bawang putih setengah sampai satu siung sehari secara kontinyu selama satu bulan mampu menurunkan kolesterol sebanyak 9%. Harap dosisnya diperhatikan benar! Jika terlalu banyak, tak baik bagi kesehatan. Mengonsumsi lebih dari tiga siung setiap hari dapat menimbulkan diare, kentut, sebah, dan demam. Bahkan bisa memunculkan perdarahan lambung.( tiap2 ari pakai tapi dlm sup missQ je lah..mami x gemar sgt sup masak pun utk ayahQ je skrg~ i dah x lalu dah makan sup...camno ni adooi)

Salah satu zat antikolesterol paling kuat pada bawang putih adalah ajoene. Senyawa ini juga dapat mencegah penggumpalan darah. Walau bawang putih dimasak, kandungan senyawa ini tidak rusak. Pada 1981, peneliti dari Pusat Riset Obat-obatan di Tagore Medical College, India, melaporkan efek bawang putih mentah dan goreng yang diujicobakan pada 20 pasien dengan riwayat penyakit jantung. Menurut laporannya, terdapat pengurangan kecenderungan pembentukan bekuan darah pada pembuluh darah mereka. Ini ditunjukkan oleh aktivitas fibrinolitik yang meningkat. Penelitian juga mengemukakan, khasiat memang sedikit berkurang bila bawang digoreng, tapi tak terlalu bermakna. Jadi pandangan umum yang menyatakan bawang putih akan kehilangan efeknya bila dimasak adalah salah.

Khasiat bawang putih juga bergantung pada tempat tumbuhnya. Bawang putih yang tumbuh di tanah kaya selenium akan mengandung selenium yang tinggi pula sehingga manfaatnya sebagai obat antipenuaan akan lebih terasa.

TEMPE
– Sekalipun berasal dari rumpun kacang-kacangan, tempe sangat ampuh dalam menurunkan kolesterol. Tempe memiliki kandungan niacin yang mampu menurunkan kolesterol. Tempe mengandung niacin 5 x lebih banyak daripada kedelai. Selain juga mengandung isoflavon yang sudah teruji bisa menurunkan kolesterol.( kat sini x der pulak tempe hadeih!!)

TEH
– Menurut penelitian, EGCG (epigallocatechin gallate), yaitu komponen bioaktif paling dominan dalam teh terbukti mampu mencegah percepatan oksidasi kolesterol LDL (kolesterol jahat). Artinya dengan mengonsumsi teh setiap hari dalam jumlah yang wajar, risiko penyumbatan pembuluh darah penyebab penyakit jantung dapat dikurangi.(aiyoo kalo minum teh selalu jer angin dtg mcm mano nie!!)

ANGGUR
– Selain serat, di dalam buah anggur terdapat pula zat catechin yang sangat baik dalam menurunkan kolesterol.(hmmm jadi tukang kupas kulit anggur utk missQ jer selalunye)

APEL
– Buah yang satu ini sangat terkenal kaya akan serat dan zat antioksidan. Sudah tentu apel pun kaya vitamin C. Maka dari itu, apel bisa juga diandalkan sebagai penurun kolesterol. Sebaiknya apel dikonsumsi beserta kulitnya, karena di kulit inilah terdapat kandungan pektin (serat larut yang ampuh sekali dalam menurunkan kadar kolesterol) dan antioksidan paling banyak.(mami mmg x gemar epal sgt sebab malas nak kunyah buah keras2 ni hadeih)

ALPUKAT/AVOKAD
– Selama ini avokad dikenal kaya akan lemak. Tak heran jika buah ini selalu dijauhi manakala kolesterol sedang tinggi, padahal avokad sangat baik untuk menurunkan kolesterol. Buah ini mengandung asam lemak tak jenuh yang baik untuk menurunkan kolesterol jahat.(mmg jarang sekali makan..err kot2 mcm x pernah makan jer rsnye hukhuk)

BLUEBERRY
– Buah blueberry mungkin dapat dijadikan salah satu pengobatan alternatif dalam menurunkan kolesterol di tubuh kita. Karena penelitian yang dilakukan para ahli di Amerika dengan menggunakan binatang pengerat memberikan hasil yang memuaskan dalam menurunkan kolesterol.

Walaupun ini baru merupakan penelitian awal, tapi telah memberikan harapan baru untuk mengembangkannya sebagai salah satu pengobatan. Penelitian ini diungkapkan pada pertemuan American Chemical Society.

Komponen yang ada dalam blueberry, Pterostilbene, menunjukkan efek yang menstimulasi protein reseptor yang ada dalam sel, yang berperan penting dalam menurunkan kolesterol dan lemak tubuh lainnya.

Kerja Pterostilbene ini, mirip dengan kerja dari obat penurun kolesterol, Ciprofibrate. Ciprofibrate ini efektif dalam menurunkan kolesterol dalam darah, tapi dapat menimbulkan efek samping seperti nyeri otot dan mual pada beberapa orang. Sedang blueberry, yang bekerja pada reseptor sel hati sebagai target kerjanya, akan bekerja lebih akurat. Sehingga efek sampingnya juga lebih kecil. Dalam penelitian ini juga tidak ditemukan adanya efek samping.

Penelitian lainnya pada blueberry, menyebutkan bahwa Pterostilbene mungkin juga dapat membantu melawan kanker dan diabetes. Dan juga tidak tertutup kemungkinan dipakai untuk mencegah kegemukan dan penyakit jantung.

Penelitian lebih lanjut pada manusia diperlukan setelah penelitian di laboratorium ini membawa hasil yang menjanjikan. Tapi yang tetap penting harus terus dilakukan adalah tetap melakukan aktifitas fisik yang disertai dengan pola makan yang sehat, banyak konsumsi sayur dan buah dan rendah lemak jenuh. Semua itu merupakan cara terbaik dalam menurunkan kolesterol dan risiko penyakit jantung.( dalam cheese kek jer lah mkn mana pulak nak carik buah bluberry kat sini auuuww)

IKAN
– Ikan sangat kaya asam lemak tak jenuh (omega3). Selain dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah, asam lemak ini juga mencegah terjadinya pengumpulan keping-keping darah yang mengakibatkan penyumbatan pembuluh darah.

Berdasarkan habitatnya terdapat dua golongan ikan; ikan air tawar dan ikan laut. Habitat ikan memengaruhi kandungan zat gizi ikan. Ikan air tawar kaya akan karbohidrat dan protein, sedangkan ikan laut kaya akan lemak tak jenuh, vitamin dan mineral.

Tabel kandungan Asam Lemak Omega-3 per 100 gram
Jenis ikan Asam Lemak Omega-3 (gram)
Tuna 2,1
Sardin 1,2
Salmon 1,6
Makarel 1,9
Herring 1,2
Teri 1,4
Tongkol 1,5
Tenggiri 2,6
Tawes 1,5
Kembung 2,2

Diantara byk2 ikan yg list kat sini...ikan tenggiri n kembung jer lah yg mami selalu masak...ermmm!!!!

PATUT lah mami kena kolestrol aritu..mmg x jaga diet langsung selama ni...aiyoo kena kuatkan usaha dlm bab pemakanan seimbang lagilah lepas2 ni nampaknyeee....tapi alhamdulillah pesan doctor aritu dah mula menjadi rutin harian mami..makan byk sayo+buah..minum susu setiap ari..pengambilan telur 5biji seminggu..makan meat especially ikan..exercise jer yg belum!!penat kemas rumah n jaga missQ x mampu lagi nak buat exercise setengah jam yg disarankan...

Lastly::Bak kate ayahQ ......kolestrol---:>kegemokan---:>diabetis .........entah betul ke tidak fakta c ayahQ ni...hahaha

So nak masak apa ni esokkk....berminyak x bole..santan pun x bole....aiyooo fening2!!!!!


Friday, April 16, 2010

SMILE!!



Skrg nampak jer hp/camera mesti missQ akan sebut "smile"...........

Friday, April 9, 2010

Rabbit :)

Qaira @rumah kakak erika n emily :) best teringt n rindu rumah opah n atoklah pulak...kalo kat msia ptg2 mesti lepas2 kat luo rumah :(
Kan best kalo boleh bela rabbit ke cat ke...tapi mummy ni boleh harap ke!!!pokok ayah beli aritu pun dah mati...kalau rabbit haruslah................................

Saturday, April 3, 2010

1st time main BUBBLE sendiri!

Semalam ada Indonesian Bazaar!!dapat lah makan baso n kuih muih dr indonesia..tapi syg seribu kali syg kek lapis feveret ku masa belek2 dah berkulat sikit...hadeiih mengidam lagilah nampak gayenye..terpaksa tukar dgn kuih2 lain..selamat ada juga kek yg sedap..kek pulut hitam..hmm pertama kali cuba..boleh tahan..sedap jugak!!x sangka pulut hitam pun bole dibuat kek..bijak2!!hihihi

Semalam 1st time anak kesygn main bubble sendiri...baguz dpt mummy mkn dan borak2 lama dgn mama emily..hihi dah besar ni senang sikit bawak anak dara jalan2 tempat2 mcm ni...

sampai habis tu cikQ main..pastu sibuk suruh mummy beli yg baru..

2minggu yg lepas ada gathering x- penghuni sea beach resort..mummy masak nasi lemak je sebab simple..masak rendang ayam..sambai ikan bilis..pastu goreng kacang+ikan bilis n biasa lah telur rebus (kalo mummy makan nasi lemak mmg wajib kacang tau) tanpa kacang x sempurna rsnye!!beli kat msia pun mesti suruh makcik tu tambah kacang lagi hihihi ..mummy buat jugak sambal ikan bilis petai tapi mummy jelah yg mkn sorang segan nak hidang pd tetamu lah...nanti baunye semerbakk pulak..hahaha
best2 ada petai jeruk mcm ni..sedap jugak buat sambal..Alhamdulillah ada kwn bg beli di Sabah..mmg feveret mummy petai ni...
ayoooooo hari ni kepinginan nak mkn nasi lemak pulak...ohhhh RAJIN silalah hadir di hari AHAD ini...haiiih kan best kalau ada makcik jual nasi lemak kat bawah apartment ni :(

Monday, March 29, 2010

ketagihan yg sudah dpt DIATASI!

Ketagihan internet yg selama ini membelenggu diri mummy sudah berjaya di kawal!!sehari hanya kurang dr 2 jam masa yg diperuntukkan utk melihat dunia luar...wohooo...
Alhamdulillah kami juga sgt22 hepi tinggal di rumah baru..terasa fresh sikit hidup ini skrg!!
wekeend lepas ajak ayah n qaira jln2 gi makan area kawasan sini..makan kat Queens cafe!teringat nostalgia lama..lama gile x mkn kat situ sebab masalah parking yg kritikal..skrg jln kaki tolak stroller...Qaira pun hepi betul naik stroller sampai x nak turun..yelah punye lama giler x naik stroller...tp mmg susah nak lintas kat negara ni..ada ke patut zebra crossing x der traffic light..giler bahaya okey!!jalan besar pulak tue!!barulah faham perasaan org2 sini...patutlah org2 sini lintas jalan mcm lembu..huahuahua
So bila dah kurang masa ngadap tenet..byk jugak resepi2 baru telah di cuba...best2 ada tv leh tgok rancangan memasak selalu...cuma bila di peratikan byk sgt mknan dr china or mat salleh ni yg ditaruk cooking wine!hmm tapi bila di cuba x taruk cooking wine tu pun sohdap gak!tapi kerisauan mula timbul nak mkn kat luo pulak...apa x nye apa yg mummy tgok masak tempura pun depa isi wine kan...kalo masakan dr cine masak sayur pun isi cooking wine tu...hmm tp bila mummy cuba x isi pun sohdap gak tempura yg mummy buat nak perasan lebih2 sikit hari ni wuhuu...hmmm tp bila isi wine tu mestilah bertambah2 sedapkan.....huhuhu
Di sebab kan activity memasak yg makin rancak..badan pun telah mencanak naik..ayahQ kata mummy dah gumukss..waduhhhhhh..............
okey times out!!!nak teman anje ucuk mummy tidooo...lambat pulak permata hati ni bgun pagi ni......syukur setelah bgun sebelum pukul 6pagi semua urusan rumah sudah selesai!!lepas ni leh tonton tv dgn permata hatiku...yeaahaaa ;)

Sunday, March 21, 2010

kena USAHA lagi!

mula2 ingt nak bubuh icing bagai bubuhlah ciput je kat dlm bekas tue(x pandai nak bajet lagi 1st timelah katekan), selamat kembang jugak walaupun x penuh cup tu..berangan2 nak wat icing kaler pink..tetapi, kemlasan melanda..tgn LENGUH pukul telur...tunggu beli mixer bagai lah dulu baru bole rajinkan diri buat icing decorate bagai...
kerna anak kesygn ku gagahkan jua tangan ni memukul telur n butter mlm smlm..(aritu qaira suka sgt kek yg mama AD buatkan)..terpaksalah mummy menerai....inilah hasil percubaan pertama buat cup cakes..dah lah tersalah beli cheese..cis bedebah betul dah ler mahal...akhirnye bubuh coklat chip jer ...
mummy mmg xminat sgt buat kek2 bagai ni..tapi kesian kan cikQ jer...lagipun cikQ dah besarkan...dah ada keinginan mkn lebih sikit...nampak gaye kena berusaha lebih lagi utk mendapatkan hasil yg lebih baik...huhuhuhu
Rasanye mcm mana!!!!ayahQ kate sedap ..tapi hanye sesuai dijamu utk ayahQ dan missQ je lah dulu...hahaha
mummy pulak rasa mcm baulu je cup cakes mummy nie...ngeeeeeeeeeeeeeeeee

Tuesday, March 16, 2010

NUR Qaira Qistina.....



puteri kesyangan sudah masuk 2 tahun 4 bulan...masa berlalu pantas sekali namun kami masih di sini...xpelah janji puteri kesyangan riang gumbira ;)

Saturday, March 13, 2010

SEUMUR hidup aku...

Ini yg pertama...nyanyi ala ala lagu ukays tu ekk hihi.... aku mkn laksa kedah yg mmg tersgt sedap!! hasil air tangan En.Fuad n Pn.Anis..
dulu kala aku x berapa suka makan laksa..kalo mkn tentu x habis punye..tapi pertama kali aku mkn hasil tgn abah n ibu uyin ni..mmg menjilat garpu n sudu..sedap sgt..dan skrg laksa kedah dah termasuk dlm list "my faveret food"..yummy!!
Terima kasih x terhingga pada anis n fuaad sebab melaksanakan permintaan ayahQ yg ngda2 tue...

mmg sedap...bila dah mlm lagi ler mabeles rsnye!!

Seumur hidup aku juga,dan sepanjang hampir 4tahun kawen.. ini lah kali pertama aku beli perabot..ayahQ lah yg punye impiannye ni konon2 nak jugak merasa beli kayu mohagany satu kat sini...
di al kisah nye..dr yg ku dgr2 org bercerita kayu mohagany ni murah kat sini..wallahualam aku pun x pasti sebab aku bukan peminat kayu kayan ni..
TP disebabkan aku rs harga sgt reasonable iaitu rs27,700(rm870) ..aku n hubby sebulat suaralah menggunakan uwang plastik sekali lagi...uhukss..(inilah akibat nye bila dah masuk tahun ke5 dok sini sampai kayu pun ayahQ beli hadeih!!) ...
Knp kaler kuning!!!aku pun x tahu knp aku pilih kaler ni..bajet nak kaler putih..tapi setelah ditolak tambah..kitaorg pilih kuning nak bg ceria sikit mata ni..lagipun sini habuk byk putih gerenti cepat kotor..
So dgn in aku dah senarai hitamkan semua kedai2 kat dlm colombo nie..CUKUP2 LAH TU brg2 made in Sri Lanka kat dlm rumah aku ni.......hadeih...juling dah mate semua nye made in sri lanka gitew...

ini lah rupenye SIMPLE JE KAN..insyaallah, aku bajet letak dlm bilik je kat rumah taman mawar nanti...sebab x de ciri2 kemodenan langsung kalo nak letak kat area ruang tamu......

Tuesday, March 9, 2010

Pindah..

Alhamdulillah 26hb feb yg lepas kami sudah selamat berpindah ke rumah baru..
MissQ hepi, mummy hepi n ayahQ pun hepi ;)

Tuesday, March 2, 2010

sea beach resort dalam KENANGAN....


Bukan mudah utk mencari penginapan yg terbaik di Colombo pada tahun 2006..Property melonjak naik..dengan kadar sewa yg kerajaan berikan pd kami, amat sukar mencari penginapan yg terbaik pada ketika itu...Jgn mimpilah utk menyewa di bangunan yg tinggi gah cantiknye dgn kadar sewa kami ni...
kesukaran demi kesukaran kami lalui pd ketika itu:
1) dah sign agreement dgn satu owner bangunan ni..tiba2 sehari sebelum masuk dia x nak bg kunci rumah..taulah dah kaya raya..xpe biar Allah je yg balas penganiayaan dia pd kami... namun kami still gile suka minum teh kuaran com dia skrg..sedap gilos..huhu 2)kami x de kenderaan masa tue!!.. 3)bajat sgt mahal so kena carik rumah yg dekat2 je dgn opis.. 4) 3 buah rumah yg kami pergi tgok smua menghampakan..mcm nak pitam je tgok!! 5) pemohonan menaikkan kadar sewa sebanyak rs5000 telah ditolak bulat2..sebab hoc x der masa tu..so kami stuck dgn kadar sewa yg ada!!

Namun ALLAH swt mudahkan urusan kami..kami bertemu dgn kediaman yg kami diami skrg..3tahun kami menetap disini....walaupun, bukan apartment mewah..kami cukup selesa tinggal di sini..bangunan yg agak lama..x punye apa2 facilities yg canggih manggih..
Walaubagaimanapun, keselesaan dapat kami kecapi di sini..sgt selesa membesarkan qaira di sini...cukup lah pemandangan indah ciptaan tuhan yg sgt menguja kan pd pandagan kami..cukup mengasyikan mendengar pukulan ombak setiap hari ..dan cukuplah kebersihan yg dititik berat kan oleh madam sue pd apartment ini..apartment ni juga dikelilingi kawasan muslim..best..mummy rs selesa sgt!!jiran2 pun best semuanye baik2 belaka..dgn kadar sewa yg kami dpt pd ketika itu, kami rasa sgt bersyukur dapat tinggal selama 3tahun lama nye disini........

antara kenangan manis masa kat rumah ni :)


1) EPSH naik..yeehaa
2) kami di kurniakan rezeki menimbang cahaya mata...dan menyaksikan anak kami membesar disini..masih terbayang2 saat missQ pertama kali melangkah dlm rumah ini..
3) membesarkan anak kesyangan kami di sini..
4) buat jamuan mkn2..ramai kwn2 yg puji rumah kami yg x seberapa ni (katenye selesa)..harapnye semuanye puji eklas lah ekk.. pelawat pertama HE nazirah..katenye bagus rumah ni..alhamdulillah lega ayahQ masa tue...mana x nye kalo kena komplain itu ini..pengsan!!hehehe
5) mak long 2 kali dtg rumah ni..pertama kali dtg katanye tenang..sambung cuti lagi 3hari..hihi 6) ucu kata rumah ni best nampak laut nampak train..kenapa nak PINDAHH!!hahaha
7) yang paling best 3tahun yg lepa
s dating dgn ayahQ kat tepi laut lepak2 atas batu..mengenangkan naseb kena dok negara ni..bila lah nak dapat anak..alhamdulillah rezeki Allah beri 2 bulan selepas itu...
8) jiran2 muslim yg best ;) salah sorang family ada business gems..saudagar batu export2 gitew kat luo negara..xperiencelah dpt tgok star sapphire from africa yg bernilai usd50k satu carat..dia tunjuk yg 19 carat nye star sapphire..cuba bygkan berapa regenye!!pheww dapat lah merasa belek2 kejap..hahaha batu tu telah selamat di booking oleh org new zealand kalo x silap..huhu

tapi ada gaklah kenangan x bestnye :(

1) kereta habis karat dekat sgt dgn angin laut..huhu
2) bila ada gempa2 ke..mummy mula tatut ..RISO dkat sgt dgn lautan kan!!
3) bila madam sue berenti..then jiran2 lama pun blah..huhu sedih ;( 4)bangunan ni dah uzur sgt..old fashion kan..
5)tukang cuci yg sgt lah best telah berenti..so apartment dah x sebersih dahulu kala...uhuksss
6) bangunan yg dah mencecah 12tahun..uzur dah..tuo gitu..

so marilah lihat koleksi2 gambar rumah ke2 yg kami sewa ;)

hari pertama menjejakkan kaki di apartment ini...
perabot mmg old fashion otai lama gilos..xpelah byk2kan bersabarje lah huhu

gambar ni sebelum madam sue buat grill kat balcony!!disebab kan mummy tinggal sorang2 madam sue buatkan grill dekat balcony sebab bahaya pulakkan mummy dok siang sorang2... kami level 1 view kureng menarik!!..kalo level atas2 lagi best pemandangan nampak batu2 dipesisiran laut tue..mmg lagi menarik!!lagi tinggi mmg lg best lah ...cuma apartment ni no lift..so mmg x dapek lah nak pilih level tinggi..sebab fikir nak pregnant kan nanti..padah kena manjat tangga pulek...

lepas pasang grill!!..ayahQmenci betul dgn curtain putih tu..hahaha

sehari selepas pindah..ayahQ yg rajin kemas rumah n decorate rumah ni..tapi bila perabot nye dah buruk decorate camno pun burok gaklah nampaknye..hahaha tapi still oklah kan ;) ayahQ kata konsep bali kontemparori giteww..haha

Alhamdulillah, seminggu sebelum raya 2008 kami dpt furniture baru..sofa set n tv cabinet..yeehuu.. x sampai ati nak demand tinggi2 sangt....ikut hati meja makan semua pun mummy nak tuko..hihi

dapo suatu ketika dulu..skrg!!!haha jahanam gak lah mummy kerjakan..

3 tahun yg lalu..susah betui nak cari cadar kat sini!!haih dapat jelah yg cenggini nye cadar..(room1)

pagi pertama di sea beach resort(room2)..wohhoo..

bilik no2..merangkap bilik cikQ..

toilet utama ..

bilik no 3 aka stor + tempat sidai baju..x suka sidai baju kat luar sebab melekit angin lautkan..

seminggu selepas pindah rumah ;) nov 2006 ...

Akhirnye...tanggal 26hb Feb 2010..berakhir lah kisah kehidupan kami di Sea Beach Resort, 13th lane!!! walaupun kami dah tidak tinggal di situ namun segala kenangan akan tetap kami simpan dlm kotak fikiran kami .......
kerna segala kenangan di situ cukuplah bermakna ~
Selamat tinggal Sea Beach Resort.................