Sunday, August 30, 2009

~Mawi di Colombo~

~Petikan dari utusan~
Hari ini sudah sembilan hari umat Islam meraikan Ramadan, bulan suci yang menuntut setiap daripada kita mempertingkatkan amalan.
Bagi mereka yang baru berumahtangga, tentunya Ramadan amat bermakna kerana dapat merasai pengalaman yang berbeza berbanding hari-hari sebelumnya.
Bagi Mawi, 28, dan Ekin, 30, menyambut Ramadan pertama kali sebagai suami isteri ada keseronokannya.
Manakan tidak, kalau dahulu semua yang dilakukan untuk kepentingan diri sahaja tetapi kali ini semuanya perlu difikirkan bersama.
Cuma pada kali ini mereka meraikan hari mulia dengan cara yang berbeza kerana berbuka puasa dan bersahur ditempat orang.
Beberapa hari sebelum Ramadan menjelang, Mawi dan Ekin telah berlepas ke Colombo, Sri Lanka untuk menjayakan program Langkah Mawi terbitan Astro.
Di negara itu Ekin dan Mawi terpaksa melupakan juadah-juadah istimewa yang biasanya dijual di pasar Ramadan.
Bukan mahu memperlekehkan negara orang tetapi akui mereka, segalanya lebih indah di negara sendiri.
Juadah berbuka puasa di Sri Langka amat berbeza. Tiada kuih-muih seperti di tempat kita.
Yang ada kebanyakan makanan berasaskan kari dan rempah ratus yang kadang-kadang sukar untuk ditelan. Yalah... makanan tempat orang.
"Kami berbuka puasa di hotel tetapi makanannya tidak seenak di tempat kita. Nak telan pun kadang-kadang susah. Yalah... semuanya bau rempah ratus yang kuat.
"Tapi tak apalah... semua itu pengalaman berharga pertama kali berpuasa ditempat orang," kata Ekin yang mengalami keracunan makanan ketika di negara itu.
Dan ketika pulang ke tanah air pada 26 Ogos lalu, barulah mereka dapat merasai nikmat berbuka puasa di tempat sendiri sepenuhnya.

~ish..ish..ish x tau pun mawi n ekin turun Colombo, kalo tahu bole CikQ mintak otograph kan..kekeke..tp mummy x minat langsung mawi n ekin nie..terutama mawi lah, sejak kes ina mawilahkan~
~kesiannnnye makan kuih x sedap ekk mawi n ekin..we all yg dah bertahun-tahun duduk sini pun still rasa kueh muih dekat negara nie x berapa sedap~
cuma kdg2 ada lah jugak yg tersedapp secara tidak sengajanye kot..
itulah masalah terbesar negara nie..mmg mkanan yg dibuat kdg2 sedap.. kadang2 mmg x sedap langsung..senang kata org-org sini main masak ikut sukahati depa jer..
hari tu mummy beli kueh nak dekat rm15 tau dlm 6-7bijik dan 1pieces cheese cake..semua pun x sedap..errr tension betul..
lepas tu mummy dah tobat x nak beli kueh lagi.. baek buat sendirik xpun beli jer ais cream sebagai dessert..
sebab tu mummy lebih prefer masak sendiri jer kat rumah....
lagi puas hati yg amat sangat..
hmm nak buat mcm mna kan..sekurang2nye mawi n ekin dtg 2-3 ari jer..
we all yg kena dok berbulan2 lagi dekat sinie tahan perut jer lah sampai balik msia baru bole mkn kuih mueh yg sedap2 kan :((
*
*
~The End~

No comments:

Post a Comment